|
|
 |
Disclaimer Notice:
Maklumat yang terkandung didalam laman web ini disediakan sebagai rujukan
kepada peserta-peserta Kursus Latihan Usahawan Bil 16/2004 yang
diadakan bertempat Hotel NAZA, Melaka Bandaraya Bersejarah pada 6 - 10
Disember 2004.
Dengan kerjasama oleh:
Institut Keusahawan Negara (INSKEN), Kementerian Pembangunan Usawahan,
Bahagian Latihan Keusahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan/Koperasi,
MARA Negeri Melaka, |
Cabaran dan Budaya Keusahawan.
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamed Dahlan
MEDEC, UiTM Shah Alam.
Kandungan Modul.
Cabaran Keusahawanan
- Jenis Cabaran
- Peringkat cabaran
- Menangani cabaran
Budaya Keusahawanan
- Takrif budaya keusahawanan
- Penerapan budaya keusahawanan
- Beberapa contoh budaya
keusahawanan
Cabaran Keusahawanan
- Usahawanan yang berjaya suka
kepada cabaran
- Cabdaran kepada usahawanan boleh
diibaratkan seperti layang-layang (wau) dengan angin
- Lebih kuat angin (cabaran),
lebih tinggi wau (perniagaan) akan terbang, maka semakin seronoklah
pemain wau (usahawan)
Jenis dan Bentuk Cabaran
- Untuk berjaya, jenis atau bentuk
cabaran boleh dikategorikan seperti berikut:-
- cabaran dalam (internal
challenges)
- Cabaran luaran (external or
enviromental challenges)
- Peringkat keluarga
- Peringkat masayarakat
- Peringkat industri
- Peringkat negara
Cabaran Dalaman
- Cabaran dalaman adalah
unsur-unsur yang mencabar kewibawaan seseorang dalam merealisasikan
impian seseorang
- Unsur-unsur ini boleh memberi
rangsangan positif atau negatif, bergantung kepada tanggapan atau cara
bagaimana kita mengatasinya
- Sebagai contoh, salah satu
cabaran dalaman kepada seseorang usahawan ialah keyakinan terhadap
dirinya untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan
- Pada peringkat ini, beliau
mungkin memikirkan beberapa natijah atau kemungkinan yang akan
berlaku ekoran daripada keputusannya menjadi seorang usahawan
- Antaranya adalah sama ada
berjaya (lebih baik), tiada perubahan (status-quo) atau gagal (lebih
teruk)
- Masalahnya disini ialah siapa
yang tahu kemungkinan yang mana akan berlaku
- Sekiranya kita tidak mahu
mengambil cabaran (melupakan keinginan menjadi usahawan) maka
kemungkinan pertama dan ketiga tidak akan berlaku. Dalam ertikata yang
lain, perubahan tidak akan berlaku
- Untuk mendapatkan perubahan,
usahawan perlu kepada cabaran dalaman (cabaran dirinya sendiri 0
internal push)
- Peribahasa kita banyak
mengungkapkan kata-kata semangat untuk kita menyahut cabaran. Antara
lain:
- Kalau tak dipecahkan durung,
manakan nak dapat sagunya
- Yang pipih tak akan datang
melayang yang bulat tak akan datang bergolek
- Belum cuba, belum tahu
- Alang-alang menyeluk perkasam
biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah
- Biar putih tulang jang putih
mata
- Begitu juga dengan lain-lain
cabaran dalam seperti berikut:-
- Kurang pengalaman atau
pengetahuan
- Mudah selesa dengan apa yang
ada
- Tahap kesabaran dan
kesungguhan
- Cabaran psikologi dan
fisiologi
- Kehendak sendiri atau orang
lain
- Kedudukan kewangan
- Untuk mengatasi cabaran dalam,
orang paling baik dapat membantu ialah ....
- DIRI ANDA SENDIRI
- Dapatkan nasihat serta
pandangan orang lain. Orang lain ini tidak semestinya ....
- PAKAR tetapi
- Seseorang yang berpengalaman
- Guru yang paling baik ialah
pengalaman kita sendiri
- Bagaimana hendak menimba
pengalaman, kalau kita tidak berani mencuba
- Oleh itu, anggaplah cabaran
dalaman itu umpama ranjau-ranjau yang perlu disisihkan di sepanjang
perjalanan ketika kita memburu cita-cita menjadi seorang usahawanan.
Cabaran Luaran
- Datang dari beberapa peringkat
- Keluarga terdekat
- Masayarakat setempat (jiran
dan rakan)
- Industri
- Negara
(nasionlisma/patriotisma)
- Cabaran keluarga - beberapa
persolan?
- Pendapatan tetap vs pendapatan
luwes
- Menambah pendapatan atau
mengurangkan simpanan
- Pembahagian masa
- Cabaran masayarakat setempat
(paradigma metal ayang sempit)
- Mengapa nak jadi usahawan?
- Orang Melayu pandai berniaga
ke?
- Kalau tak kaya - kayap?
- Lebih suka lihat kegaalan
daripada kejayaan
- Lebih suka mengata daripada
memberi okongan
- Cabaran peringkat industri:
- Mencari perniagaan yang sesuai
- Mendapatkan pembiayaan
tambahan
- Mengeksploitasi insentif yang
peluang yang ada
- Memahami kaedah perniagaan
business model dalam industri berkenaan
- Mewujudkan 'networking' yang
relevan
- Persaingan (cooperation not
compete)
- Produk dan perkhidmatan
(qulity, price, customer service, brnading, etc)
- Cabaran peringkat negara
- Menjadi pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi
- Sebagai penggerak utama
pengembelingan sumber-sumber negara
- Menambah nilai (added-value)
kepada produk atau perkhidmatan yang diberikan
- Menjadi peneraju dengan
memperhebatkan R&D dan inovasi yang berterusan
Peringkat-peringkat cabaran
- At the entrepreneur's level
- As you move from conquering
your internal challenges to external challenges, the intesity of
thhose challenges increases
- At the entrprise's level
- As the entrise's moves on from
its infancy to adolescence to maturity, the intesity of challengges
also increases
- However, when it reaches the
highest level, the entreprenuer has already gained so much experience
so much so that assuming those challenges has become part and parcel
of their entrepreneurial life.
Budaya keusahawanan
- Takrif budaya ialah sebagai satu
cara hidup, tradisi, pegangan, kefahaman, peradaban sesuatu masyarakat
yang diwarisi secara indoktrinasi atau secara sukarela.
- Walau bagaiamapun, proses
pembudayaan memakan masa yang agak lama untuk dilihat kesannya
- Proses pembudayaan melibatkan
- Sumber budaya (agama, adat,
perbuatan nenek moyang, kata-kata orang tua atau pemimpin sesuatu
bangsa)
- Pengajaran atau penerapan
budaya melalui proses sosialisasi, pendidikan formal dan informal,
role-model, hukuman dan secara metafizik (ritual) dsbnya.
- Proses Pembudayaan melibatkan:-
- Mengamalkan atau melaksanakan
budaya dalam kehidupan
- Mempertahankan serta
memastikan kelangsungan budaya kepada generasi seterusnya
- Dalam konteks budaya
keusahawanan dalam negara, kita akan memfokuskan kepada budaya dua
bangsa iaitu Melayu dan Cina
- Faktor perbedaan (bukan
pertentangan) budaya antara masayarakat Cina dan Melayu
termasuk:
- sumber budaya 0 dari mana
datangnya sumber tersebut?
- penerapan budaya - bagaimana
prosesnya? sukarela atau terpaksa?
- amalan budaya - sekadar amalan
biasa atau satu tanggungjawab bangsa?
- kelangsungan budaya -
tanggungjawab siapa?
- Dari segi polisi
- peruntukan yang besar untuk
mewujudkan usahawan yang berwibawa
- matalamat seorang usahawan
setiap lima rumah
- pemberian insentif serta
kemudahan perniagaan
- adakalanya pemberian ini '
counter productive' kerana menerapkan budaya 'gantung'
- penggabungan pintar -
mempercepatkan proses pembudayaan
- Dari segi masyarakat
- memberi pengiktirafan kepada
golongan usahawan
- memberi sokongan moral
- bekerja sama untuk manfaat
bersama
- Dari segi keluarga ...
- galakkan anak-anak berniaga
- budaya makan gaji ditukar
kepada kerja sendiri
Kesimpulan
- setiap kerjaya mempunyai cabaran
- cabaran boleh dijadikan
'inspirasi' atau 'pembunuh motivasi'
- setiap cabaran ada ganjaran
- budaya keusahawan Melayu masih
baru
- budaya boleh dipelajari
dan diterapkan
- masyarakat perlu merubah merubah
paradigma mental

|
|
|